home button

Sabah

29HB TWU 2 29HB TWU 3

KOTA KINABALU, 29 Februari 2020 – Sabah Muaythai Championship (SMC) 2020 telah diadakan bertempat di 1Borneo Mall KK, bermula 28 Februari sehingga 1 Mac 2020.

Lebih 300 bout perlawanan akan berlangsung melibatkan beberapa buah negeri antaranya Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Brunei dan Sabah.

Team Muaythai Tawau telah mengesahkan penyertaan seramai 12 orang dalam pelbagai kategori. Pengurus merangkap jurulatih Team D'Sha Muayfit Tawau memaklumkan atlit muaythai Tawau seramai 7org akan mara ke peringkat akhir esok 1 Mac 2020 bermula jam10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Hadir sama memberikan sokongan serta suntikan semangat buat atlit-atlit Muaythai Tawau iaitu Encik Zayanidi Abbas, Pegawai Unit Sukan PBSB Tawau.

Oleh :
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau

 

1HB TWU (3) 1HB TWU (4)

TAWAU, 1 Mac 2020 - Kejohanan E Sport telah berjaya dilaksanakan bertempat di Tokoneo TGC Eastern Plaza Tawau hari ini.

Program yang dianjurkan bersama Tawau Comunity Games dan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau ini telah berjaya menarik minta anak muda sekitar tawau yang disertai lebih 100 orang peserta bersaing merebut gelaran juara ESport 2020.

Syabas dan tahniah para pemenang bagi kategori TGC Tekken 7 gates of limit winners iaitu Johan - sabri, Naib Johan - Nash, empat Ketiga - Abraham. Bagi kategori TGC DIFA20 Sidekicks Tournament , Johan - Mel, Naib Johan - Azim, Tempat Ketiga - Akmal.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dan hadir bersama Encik Mohd Ali bin Abd Sari, Pegawai Unit Belia PBSB Tawau.

Oleh :
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau

 

1HB TWU (5) 1HB TWU (1)

KOTA KINABALU, 1 Mac 2020 - Tirai Kejohanan Sabah Muaythai Championship 2020 telah rasminya dilabuhkan bertempat di 1Borneo Mall Kota Kinabalu, Sabah.

Kejohanan yang bermula pada 28 Februari 2020 telah berakhir pada 1 Mac 2020 dan melibatkan 150 bout perlawanan. Team Muaythai Tawau telah berjaya merangkul 7 pingat ( 2 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa ) pada kejohanan tersebut.

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Azhar Datuk Matussin, ADUN Karambunai. Turut hadir bersama Ir Nazri, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sabah , Encik Zayanidi Abbas, Pegawai Unit Sukan PBSB Tawau serta Ketua-ketua Kontinjen Negeri yang terlibat.

Syabas dan Tahniah buat semua atlet Muaythai Tawau dibawah kendalikan Jurulatih merangkap Pengurus Pasukan Miss Sharon DSha Muayfit Tawau.

Oleh :
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau

 

2HB PB (1) 2HB PB (2)

PULAU GAYA, 2 Mac 2020 - Satu sesi lawatan tapak bagi permohonan baik pulih dan bina baharu kemudahan sukan di Pulau Gaya telah dijalankan hari ini.

Cadangan pembinaan gelanggang bola tampar di Kg. Pulau Gaya, gelanggang sepak takraw dan naik taraf gelanggang futsal di Kg. Kesuapan dilihat amat tepat memandangkan hampir 3000 penduduk Pulau Gaya tersebut bakal menggunakan kemudahan tersebut apabila ianya disiapkan kelak.

Sesi lawatan diketuai oleh Timbalan Pengarah JBSN Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis bersama Encik Yum Maren Bin Basri. Turut hadir, Encik Hamzah Md. Tahir, Encik Andy Suhardy Sarbini dan Puan Norhayati Tasif mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat