home button

Sabah

12 HB BELIA (2) 12 HB BELIA (3)

PUTATAN, 11 Februari 2020 – Kunjungan hormat telah dibuat oleh Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sabah kepada Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Seramai 12 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan yang mewakili Unit Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda hadir semasa kunjungan hormat tersebut.

YBhg.Encik Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah mengharapkan agar Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sabah agar dapat melibatkan diri dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak jabatan disamping membuat gerak kerja dalam membangunkan belia-belia di negeri ini. Selain itu, Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sabah ini juga disarankan agar dapat bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi tujuan menyampaikan info berguna kepada belia akar umbi.

Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
12HB PB (1) 12HB PB (2)

RANAU, 12 Februari 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JTPD) Ranau Bil. 1/2020 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Ranau hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen P. 179 Ranau, YB Tuan Jonathan Yasin antara lain membincangkan Laporan Focus Group Daerah Ranau, perbincangan isu pembangunan di daerah Ranau yang melibatkan cadangan Pembinaan Loji Tenaga Solar MW di Tailing Dam, Lohan dan Cadangan Pembinaan Hospital Baru Daerah Ranau bagi RMK12.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Ranau, Encik Mohd. Yassin B. Ibrahim bersama-sama ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan daerah Ranau.

Encik Hamzah Md. Tahir hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
kemas opis 370x268 1 kemas opis 370x268 2

KENINGAU, 12 Februari 2020 – Satu gotong royong membersih dan menyusun atur oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau bagi mewujudkan suasana pejabat yang ceria dan mesra belia. Inisiatif ini timbul apabila ingin melihat keselesaan pegawai dan kakitangan menjalankan tugas seharian di dalam ruang pejabat yang kondusif dan memudahkan urusan antara pegawai dan para pengunjung khususnya golongan belia.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
12HB PB 1 12HB PB 3

SEPANGGAR, 12 Februari 2020 - Satu lawatan tapak projek naik taraf dan baikpulih fasiliti sukan di Parlimen Sepanggar telah dijalankan hari ini.

Projek naik taraf fasiliti yang dipohon oleh Ketua Armada Bersatu Bahagian Sepanggar, Encik Abqaree Fawwaz Abekan melibatkan gelanggang futsal yang terletak di Kg. Sabang, Kg. Lapasan, Kg. Darau, Kg. Gudon, Kg. Unggun dan Kg. Tebobon.

Sesi lawatan yang diketuai oleh Puan Norhayati Tasif, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Bahagian Pantai Barat, turut dihadiri oleh Ketua Armada Bersatu Bahagian Sepanggar, Encik Abqaree Fawwaz Abekan dan Encik Andy Suhardy Sarbini, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat