home button

Sabah

KOTA KINABALU, 23 Mei 2022 - Satu mesyuarat Induk Negeri Sambutan Hari Belia Negara 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama KBSS dan dipengerusikan oleh YBhg Tuan Mansur Bin Asun, Setiausaha Tetap KBSS.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentuk jawatankuasa bagi menyelaras penganjuran Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang telah dibentangkan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Selain itu, sesi lawatan tapak juga diadakan bagi mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk penganjuran sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan pada kali ini.

Turut bersama dalam mensyuarat ini Tuan William Ahlan, TSUT KBSS, Tuan Apui Jan, Pengarah JBS Sabah, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat, kepimpinan Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

TENOM, 21 Mei 2022 - Satu Program Motocross Peringkat Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Rundum, Tenom Sabah.

Seramai 80 orang penyertaan dalam program ini yang terdiri daripada kelab permotoran dan individu sekitar Daerah Tenom, Nabawan, Tambunan dan Keningau. Antara pengisian program yang dijalankan adalah pengenalan motocross, teori dan pratikal dan Konvoi Motocross Tenom ke Rundum Highlands.

Pelepasan Konvoi disempurnakan bersama oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. Tuan Mas Syazwan Masood, Pegawai Daerah Tenom dan YBhg. Tuan Jamawi Jaffar, Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sabah, selaku penaung Kelab Motocross Tenom.

Semantara itu, Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Turut hadir, Encik Mohd Mu'azam Shah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dan Encik Faizam Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah

BELURAN, 19 Mei 2022 - Majlis Perasmian Program Aktif @ Sukan Luar Bandar & Fit and Active Family Peringkat Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Kampung Beluran, Sabah.

Hampir 500 orang penyertaan dalam program kali ini yang terdiri daripada enam (6) buah kampung berdekatan sekitar Kampung Lingkabau, Beluran. Antara pengisian program yang dijalankan adalah Senamrobik, Sukan Tarik Tali, Sukaneka, Bola Sepak, Bola Jaring dan Sepak Takraw.

Majlis Perasmian program disempurnakan oleh YBhg. Encik Kamri @ Mohd Sabree Bin Hasim, Penyelia Kemajuan Masyarakat DUN N.48 Sugut, mewakili YB Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah merangkap ADUN N.48 Sugut.

Turut hadir YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dan YBrs. Encik Mohd Syahrin Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 17 Mei 2022 – Kelab Anak Progresif Taman Kingfisher telah mengadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan Pelaksanaan Program Rakan Muda Day Out Siri 2 yang akan diadakan pada masa terdekat di Pantai Tanjung Lipat Likas Kota Kinabalu.

Perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kelab Anak Progresif Taman Kingfisher ini turut dihadiri oleh Encik Syivero Patrik, Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat dan Puan Norhayati Binti Tasif, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, PBSB Pantai Barat.

Tujuan perbincangan awal ini adalah untuk memastikan setiap gerak kerja dapat dijalankan dengan teratur bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak berkaitan timbul semasa pelaksanaan program nanti.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat