home button

Sabah

KENINGAU, 17 Julai 2020 – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau telah menghantar dua wakil ke temuduga Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sabah kategori individu lelaki bagi sesi penilaian akhir iaitu En. Rafie Robert dan En. Mohd Dhihya Sahlan. Kedua-dua mereka adalah antara tujuh calon dari pelbagai daerah di Negeri Sabah untuk merebut anugerah bagi kategori yang sama. Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Puan Jovanna Juanis mengucapkan tahniah dan syabas kerana terpilih untuk mewakili Bahagian Keningau pada tahun ini dan berharap agar lebih ramai belia-belia Bahagian Keningau dapat dicalonkan pada APBN yang akan datang. Oleh: Erzan Abdullah PBSB Keningau
PUTATAN , 17 Julai 2020 - Telah berlangsung Sesi Penilaian Akhir Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2020 bagi Kategori Individu. Tawau telah menghantar 3 Calon yang cukup berpotensi wibawa sebagai pelapis Kepimpinan Negara masa hadapan, 3 orang calon yang tersenarai adalah Saudara Fazlan Bin Thomas, Saudara Muhammad Nazree Bin Nahia dan Puan Norazlin Delos Santos. Pemilihan ini berdasarkan kepada beberapa kriteria antaranya yang aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan, kemasyarakatan dan kesukarelaan dalam dan juga luar Negeri Sabah. Hadir sama memberikan sokongan moral dan suntikan motivasi buat calon-calon APBN Tawau ini Encik Zayanidi Bin Abbas, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Semoga Calon-calon Belia Kategori Individu dan Pertubuhan Belia mewakili Bahagian Tawau ini beroleh kejayaan yang cemerlang. Oleh: Zayanidi Bin Abbas PBSB Tawau
PUTATAN, 16 Julai 2020 - Telah berlangsung Sesi Penilaian Akhir Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2020 bagi Kategori Pertubuhan Belia dan Individu. Tawau telah menghantar 2 kategori iaitu Kategori Pertubuhan Belia (Kelab Rakan Muda Tawau) dan Kategori Individu iaitu Pemimpin Belia iaitu Saudara Fazlan bin Thomas yang aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan. Hadir sama memberikan sokongan moral dan suntikan motivasi buat calon-calon APBN Tawau ini Encik Zayanidi Bin Abbas, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Semoga Calon-calon Belia Kategori Individu dan Pertubuhan Belia mewakili Bahagian Tawau ini beroleh kejayaan yang cemerlang. Oleh: Zayanidi Bin Abbas PBSB Tawau
PULAU BUM-BUM SEMPORNA, 14 Julai 2020 - Telah berlangsung Lawatan Pemantauan dan Perbincangan serta Pengesahan Siap Kerja Projek bagi Pembinaan Gelanggang Serbaguna [Bola Tampar dan Sepak Takraw] di Kg Tongkalloh Darat Pulau Bum-Bum Semporna.. Kerja-kerja binaan gelanggang telah siap sepenuhnya pada 10 Julai lalu iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang telah dijadualkan iaitu 17 Julai 2020. Sesi pertemuan dan pengesahan siap kerja pembinaan ini diketuai oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Turut hadir En Mohd Ali Abd Sari, Pegawai Unit Belia Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Encik Zayanidi Bin Abbas, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Encik Bidin, Pengurus Kontraktor. Alhamdulillah semoga kemudahan ini memberikan manfaat kebaikan buat warga belia Kg Tongkalloh Darat dan sekitarnya. Oleh : Zayanidi Bin Abbas PBSB Tawau