home button

Sabah

KOTA KINABALU, 29 MEI 2022 - Team YS A berjaya menjadi Johan Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022 bagi Acara Badminton Berpasukan yang berakhir hari ini

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat adalah dengan Kerjasama Kelab Badminton Daerah Putatan telah diadakan selama dua (2) hari.

Johan pertandingan Team YS A membawa balik RM1000.00 dan medal, Naib Johan Team YS B, RM700.00 dan tempat ketiga bersama: Team LBA dan Papar = RM300.00.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Bahagian Pantai Barat bagi Pertandingan Badminton Berpasukan peringkat Negeri Sabah yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan julai tahun ini.

Ucapan penghargaan dan terima kepada pihak Kelab Badminton Daerah Putatan, Ketua Juri Pengadil, Pengadil Perlawanan dan Sukarelawan diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Jutaan terima kasih juga kepada penaja utama Program ini iaitu pihak syarikat life Water Industries Sdn Bhd diatas sumbangan yang diberikan. Life Water Industries Sdn Bhd Tritonic Isotonic Drink.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat

KOTA KINABALU, 28 Mei 2022 - Pelaksanaan Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022 bagi Acara Badminton Berpasukan diadakan bermula hari ini sehingga 29 Mei 2022 bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat adalah dengan Kerjasama Kelab Badminton Daerah Putatan. Sebanyak 8 pasukan menyertai pertandingan ini

Jutaan terima kasih juga kepada penaja utama Program ini iaitu pihak Syarikat Life Water Industries Sdn Bhd diatas sumbangan yang diberikan.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat

KOTA KINABALU, 21 MEI 2022 – Team Sasstic hadapi saingan sengit Team NB Mix sebelum muncul Johan Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022 bagi Acara Bola Jaring

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat adalah dengan Kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA).

Johan pertandingan Team Sasstic membawa balik RM1000.00 dan medal, Naib Johan NB Mix, RM700.00 dan tempat ketiga bersama: Team Pradianx dan Phoenix SR = RM300.00.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Bahagian Pantai Barat bagi Pertandingan Bola Jaring peringkat Negeri Sabah yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan julai tahun ini.

Jutaan terima kasih juga kepada penaja utama Program ini iaitu pihak syarikat life Water Industries Sdn Bhd diatas sumbangan yang diberikan. Life Water Industries Sdn Bhd Tritonic Isotonic Drink.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat

PUTATAN, 21 Mei 2022 - Program Gotong Royong dan Penanam Pokok Kelapa Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah diadakan hari ini bertempat di Pantai Gerongon Putatan.

Program tersebut adalah merupakan anjuran Pejabat Daerah Putatan dengan kerjasama agensi negeri dan persekutuan serta ngo’s. Program telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah YB Tuan Ir Shahelmey Yahya.

Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat Encik Syivero Patrick dan Encik Mohd Hazren Bin Mahassan turut hadir bersama dalam program ini.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat