home button

Sabah

6HB SKN (3) 6HB SKN (5)

KOTA KINABALU, 6 Februari 2020 - Negeri Sabah menjadi medan utama Acara Pemanasan bagi program Le Tour De Langkawi 2020 yang mana telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Ketua Menteri Sabah.

Selain daripada mana-mana agensi lain yang terlibat dalam pengisian program sempena LTDL 2020, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah juga tidak ketinggalan dalam mengadakan program sampingan iaitu program Sukan Rakyat bagi memastikan kehadiran masyarakat di sekitar Kota Kinabalu dapat menyaksikan LTDL 2020 yang pertama kali dibuat di Negeri Sabah.

Diantara pengisian program Sukan Rakyat sepanjang LTDL 2020 adalah Pertandingan Gusti Lengan, Tarik Tali dan Galah Panjang. Selain dari itu terdapat juga acara mari mencuba yang melibatkan sukan Sepak Manggis, Memanah Tradisonal, Congkak dan Rampanau.

Oleh:
Joslam Syarifuddin
JBSN Sabah
6HB PBRT (2)

KOTA KINABALU, 6 Februari 2020 - Warga Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat turut membantu Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dalam pelaksanaan Sukan Tradisional sempena Le Tour De Langkawi Peringkat Negeri Sabah 2020 di Padang Merdeka hari ini.

Antara acara-acara menarik yang disajikan pertandingan tarik tali, galah panjang, sepak manggis dan gusti lengan. Acara mari mencuba turut disediakn kepada pengunjung iaitu dart, memanah congkak dan dam aji.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS (P) Sabah, Encik. Fedrius Jumi.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
8HB PB (2) 8HB PB (4)

PUTATAN, 8 Februari 2020 - Pasangan beregu lelaki acara badminton dari Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mudah menewaskan pasangan dari kolej AiTC Kota Kinabalu di pentas akhir sempena Hari Sukan ISKK & AiTC Kota Kinabalu yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah hari ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kolej AiTC Kota Kinabalu berkenaan merupakan acara tahunan yang meliputi sukan badminton, futsal, bola jaring, sepak takraw, catur dan aerodance bagi menggalakkan pelajar lebih aktif dan menanamkan semangat kesukanan dalam diri masing-masing.

PBSB Pantai Barat yang diwakili oleh Encik Hamzah Md. Tahir dan Encik Andy Suhardy Sarbini merupakan pasukan jemputan bersaing hebat bersama-sama 8 pasukan hebat dari kolej berkenaan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil Kolej AiTC merangkap Pegawai Penyelaras Program, Cik Suziana Jabrin.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
8HB PB (1)
KOTA KINABALU, 8 Februari 2020 - Kelab Anak Muda Progresif Beverly Hills Penampang telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Tahun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini.

Pemilihan barisan Jawatankuasa kelab tersebut bagi penggal 2020-2021 menyaksikan Datu Mohd Azwan Nazpee bin Datu Pindatun dilantik menjadi Pengerusi kelab manakala Cik Nurfarahin Abd Wahid sebagai Timbalan Pengerusi. Bagi jawatan Bendahari, disandang oleh Cik Siti Khadijah Amran dan Encik Mohd Zulain Samad dilantik sebagai Setiausaha kelab.

Sementara itu, kelab berkenaan mengekal jawatan Penasihat Kelab kepada Cik Nur Fadilah Mohamad.

Nur Fadilah dalam satu kenyataan ringkas berkata, Kelab Anak Muda Progresif merupakan satu organisasi yang memberi platform anak muda menyuarakan pendapat tentang isu-isu lingkungan termasuk politik, pendidikan, alam sekitar dan agama.

Beliau turut menambah objektif pertubuhan kelab untuk membantu anak muda menggunakan platform kebebasan bersuara secara efisien dan berkesan serta menyemarakkan budaya percambahan ilmu dan mendukung citra membaca.

Kelab Anak Muda Progresif mensasarkan anak muda yang cakna, peka dan peduli akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat