home button

Sabah

KOTA KINABALU, 07 Jun 2022 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Bagi Jawatankuasa Kerja diperingkat Jabatan Belia dan Sukan (Perseketuan) Negeri Sabah Bil. 1/2022 telah diadakan bertempat di Bilik Lok Saga, KOMBES Putatan dan dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membentuk Jawatankuasa Kerja Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan diperingkat jabatan ini. Penglibatan semua pegawai dan kakitangan dalam jawatankuasa ini amat penting dalam memastikan pelaksanaan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ini berjalan dengan lancar.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

TUARAN, 03 Jun 2022 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Tuaran telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Agenda utama dalam mesyuarat ini adalah pembentukkan Jawatankuasa bersama agensi-agensi kerajaan dan ngo yang berkaitan. Dalam mesyuarat ini juga, Encik Mohd. Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN telah membentangkan konsep pelaksanaan HBN kepada semua ahli mesyuarat secara atas talian.

Turut bersama dalam mesyuarat ialah Tuan William Ahlan, TSUT KBSS, Tuan Syahrin Shamsir, Pegawai Daerah Tuaran, Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Perngarah, JBS Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 02 Jun 2022 - Satu sesi perbincangan penyelarasan Program Y-Career Peringkat Negeri Sabah telah diadakan secara atas talian.

Pada kali ini, pelaksanaan Program Y-Career ini akan diadakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang berlansung di negeri Sabah.

fokus utama perbincangan adalah mengenai penetapan tarikh, tempat dan pengisian aktiviti yang akan memberi manfaat kepada belia negeri ini.

Bersama-sama dalam perbincangan ini ialah Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Ekonomi, BPB JBSN, Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, JBS Sabah, Puan Melda Ariff dan Encik Yum Maren Basri, Pegawai Unit Ekonomi, BPB JBS Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 01 Jun 2022 - Satu taklimat mengenai pelaksanaan Hari Belia Negara Peringkat Negeri dan Bahagian 2022 Negeri Sabah telah diadakan secara atas talian bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian diseluruh negeri Sabah dan dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Dalam taklimat ini telah dibincangkan mengenai cadangan tarikh dan pengisian aktiviti dalam Sambutan Hari Belia Negara yang akan dilaksanakan di setiap bahagian di negeri Sabah pada bulan julai sehingga ogos 2022.

Turut bersama dalam taklimat ini ialah Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah