home button

Sabah

KOTA KINABALU, 24 Jun 2020 - Gelanggang Futsal KBS yang terletak di Perkarangan Dewan Serbaguna Tanjung Aru dilupuskan melalui kaedah roboh. Wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir telah memberi penerangan kaedah pelupusan tersebut kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Harta, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Faradillah Haji Abdul Rani. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
RANAU, 25 Jun 2020 - Sesi lawatan pemantauan kemajuan projek menaik taraf gelanggang bola tampar dan sepak takraw Kg. Lobou Baru, Timbua Ranau telah diadakan hari ini. Lawatan tersebut bagi menilai dan memeriksa kemajuan kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik berdasarkan kepada skop kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan. Sesi lawatan diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas. Turut hadir Pengerusi MPKK Kg. Lobou Baru,Timbua Ranau. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
TUARAN, 28 JUN 2020- BSMM Daerah Tuaran terus giat membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran sekaligus mendekati masyarakat setempat apabila mengadakan kempen menderma darah bertempat di Dewan Muhhibah Kg. Gayaratau, Tamparuli hari ini. Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gayaratau dan Unit Tabung Darah Hospital Tuaran. Seramai 28 orang telah mendaftar sebagai penderma dan berjaya mengutip 18 pints darah jenis A, B, O dan AB. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
SEMPORNA, 27 JUN 2020 - Telah berlangsung Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Sabah bagi Pembinaan Gelanggang Serbaguna (Bola Tampar & Sepak Takraw) di Kampung Tongkalloh Darat, Pulau Bum Bum Semporna. Proses kerja pembinaan telah berjalan dan bermula pada 19 Jun 2020 lalu dan dijangka siap pada 17 Julai 2020. Sessi pertemuan dan lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Mazlan Hj Anis selaku Timbalan Pengarah. Turut hadir bersama Encik Sylvero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Encik Yum maren bin Basri, Pegawai Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Abidin, Tuan Pemilik Tanah, Encik Mohd Ali Abd Basri, Pegawai Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dan Encik Zayanidi Abbas, Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Pihak Pejabat merakamkan penghargaan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Semoga proses pembinaan serta perlaksanaannya berjaya dengan baik sempurna. Oleh: Zayanidi Bin Abbas PBSB Tawau