home button

Sabah

11HBPB 1 11HBPB 2

RANAU, 11 Ogos 2020 - Lawatan minggu ke-4 bagi memeriksa kerja-kerja membaikpulih dan naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Kg. Lohan Satu, Ranau telah diadakan hari ini.

Lawatan yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas untuk mempastikan kerja-kerja kontraktor dilaksanakan mengikut skop-skop kerja yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.

Hadir sama, wakil Pengurusan Kontraktor Delta Enterprise, Ranau.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat

9HBPB 1 9HBPB 2

 

TUARAN, 9 Ogos 2020- BSMM Daerah Tuaran terus giat membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran apabila mengadakan kempen menderma darah bertempat di Balai Muhibbah Kg. Dungun Bawang Sarayo, Tuaran hari ini.

Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tuaran, Majlis Pengurusan Komuniti kampung dan Ketua Kampung Kg. Dungun Bawang Sarayo Tuaran.

Seramai 13 orang telah mendaftar sebagai penderma dan berjaya mengutip 13 pints darah jenis A, B, O dan AB.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat

8HBPB 1 8HBPB 2

KOTA KINABALU, 8 Ogos 2020 - Seramai 5 orang peserta bahagian Pantai Barat telah menyertai Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sabah Siri 1/2020 bertempat di Bangunan Arena Belia Kepayan, KBSS Pantai Barat Selatan hari ini.

Kursus sehari anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bertujuan melahirkan lebih ramai pemimpin dan Badan Operasi ARPRM yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi dalam bidang ARPRM ini.

Turut hadir mengiringi peserta bahagian Pantai Barat, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Andy Suhardy Sarbini.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat

8HBRM 2 8HBRM 1

KOTA KINABALU, 8 Ogos 2020 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Fan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Sabah Siri 1/2020 pada hari ini bertempat di Arena Belia, Kota Kinabalu.

Seramai 32 orang telah menyertai kursus ini dan diharap dengan adanya program ini para peserta dapat menimba ilmu dan memanjangkan kepada belia-belia di bahagian masing-masing kelak

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Mazlan Bin Haji Anis,
Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Oleh:
Mohamad Hafiz Abd Halim
JBSN Sabah