TELUK BAHANG, 5 Disember 2021- Lawatan ke tapak cadangan bagi pembinaan sebuah fasiliti sukan petanque telah dilakukan pada 1 Disember 2021 yang lalu bertempat di Kampung Teluk Awak, Teluk Bahang.Lawatan berkenaan dihadiri oleh Puan Nor Hashekin binti Abdul Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya bersama pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan Sukan dan Unit Pembangunan Rakan Muda Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya ditemani oleh Penghulu Kawasan Teluk Bahang, Encik Safirul.Menurut Encik Safirul, kawasan ini dirasakan sesuai untuk dijadikan kawasan sukan kerana masyarakat di sini terutamanya belia tidak mempunyai banyak kemudahan sukan dan pembinaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko para belia setempat daripada terjebak dengan masalah sosial dan tidak bermoral malah mampu menjadikan mereka lebih produktif, aktif, sihat dan cergas dengan menjalankan aktiviti kesukanan nanti.