BATU UBAN, 4 Februari 2020- Unit Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pertubuhan Vivekkam Malaysia pada 4 Februari 2020 yang lalu dan telah membuka satu lagi jaringan perhubungan persahabatan antara pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pertubuhan Vivekkam Malaysia.

Lawatan berkenaan bertujuan bagi memperkenalkan program ‘Simposium Pemerkasaan Belia’ yang bakal dijalankan pada 22 Februari 2020 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal, dimana ia merupakan satu platform untuk mewujudkan persekitaran yang berkesan di mana belia berbangsa India berumur 18-30 tahun dapat menyertai simposium ini didalam satu forum yang akan membincangkan masalah-masalah belia berbangsa India di Malaysia dan solusi kepada masalah-masalah tersebut.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang berbesar hati menawarkan kerjasama dalam penganjuran pameran berkenaan program-program yang terdapat di Jabatan ini yang boleh menarik minat belia berbangsa India untuk menyertai seperti program pembangunan belia, rakan muda dan sukan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Zul Fadhli Bin Abd Aziz amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Presiden Pertubuhan Vivekkam Malaysia, Dr. Asaithamby Ramayah dan ahli-ahli Pertubuhan Vivekkam Malaysia ke jabatan ini.

Berita oleh: Unit Pembangunan Belia