PERMATANG DAMAR LAUT, 5 Disember 2021- Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia bagi tahun ini disambut dengan pelbagai aktiviti menarik pada hari ini.Sekumpulan peserta daripada Program Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dari Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Pantai Essen, disini sebagai memenuhi salah satu komponen di dalam menyempurnakan program ARPRM.Mereka telah datang dari Balik Pulau dan turut serta di dalam Program Rakan Muda Day Out anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Bayan Baru sempena Hari Sukarelawan Sedunia yang disambut pada hari ini.Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya optimis untuk melahirkan lebih ramai lagi remaja perdana berkualiti dan berkaliber melalui penganjuran Program Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) khususnya di Daerah Barat Daya.Turut hadir bersama adalah Puan Nor Hashekin binti Abdul Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya bersama Encik Mohd Syazwan bin Anuar, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya diiringi Cik Azizah binti Ahmad, Mentor ARPRM daripada Badan Operasi PBSD Barat Daya.