Teluk Bahang, 25 Jun 2022 - Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2022 bertempat di Hype Eco Park, Teluk Bahang. Program adalah anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Junior Chamber International (JCI) Pearl Pulau Pinang. Peserta terdiri dari 30 orang remaja berumur 15 hingga 19 tahun. Program ini bertujuan menjadi platform aktiviti pilihan remaja pada musim cuti sekolah bagi menanam nilai-nilai murni, perpaduan individu, keluarga, masyarakat dan Negara dalam diri remaja ke arah peningkatan personal. Program ini dirasmikan oleh Puan Azura Binti Haji Sabdin, Timbalan Pengarah, Jabatan  Belia Dan Sukan Negara. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Puan Norhashekin Binti Abdul Aziz, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya.

 

Disediakan oleh : Unit Pembangunan Rakan Muda, JBS Pulau Pinang.