SUNGAI PETANI, 31 Januari 2020- Seorang pegawai daripada Unit Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Cik Nur Amalina Binti Zainon telah terpilih untuk menghadiri Bengkel Komunikasi Strategik Negeri Pulau Pinang Siri 1, 2020 anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani pada 31 Januari – 1 Februari 2020 yang lalu.

Pelaksanaan bengkel tersebut adalah bertujuan bagi membuka ruang diskusi dalam kalangan Jabatan/ Agensi terpilih di daerah-daerah Pulau Pinang berkaitan isu keselamatan dan sosial semasa serta membincangkan perancangan program-program Geraksaraf Perangsaraf (GSPS) pada tahun 2020 di negeri Pulau Pinang.

Ucapan pembukaan bengkel tersebut dilakukan oleh Pengarah Keselamatan Negeri MKN Pulau Pinang, En. Nazrul Fazami Bin Mohamad dan turut hadir bersama dalam sesi pengisian bengkel tersebut adalah Timbalan Ketua Cawangan Khas PDRM Pulau Pinang, ACP Mohd Raus Bin Ab Wahab.

Berita oleh: Unit Pembangunan Belia