ROBINA PARK BUTTERWORTH, 14 Ogos 2022 - Pertubuhan Belia Hindu Butterworth (HYO Butterworth), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Skuad Antidadah Daerah Seb. Perai Utara, Majlis Belia Daerah Seb. Perai Utara dan AADK Seb. Perai Utara bersama klien - Orang Kena Pengawasan (OKP) melaksanakan Team Building OKP Belia 1.0 (Explorace) di Pantai Robina Eco Park, Telok Air Tawar, Butterworth.

Objektif ini adalah untuk menyelami dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh OKP serta memainkan peranan kita sebagai masyarakat setempat dalam membantu memulihkan mereka.

Program yang membabitkan pelbagai NGO bersama OKP ini, akan diadakan dari masa ke semasa supaya ia berupaya mengeratkan hubungan diantara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pemimpin-pemimpin NGO Muda.

Terima kasih semua yang terlibat.

Disediakan Oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara