home button

Pulau Pinang

BAYAN LEPAS, 21 November 2021 - Kursus Refresher Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Tahap 1 telah dilaksanakan dengan jayanya selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 November 2021 di U Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kursus yang melibatkan seramai 22 orang pegawai Kementerian Belia dan Sukan yang juga merupakan penguji UKJK dilihat sangat bermanfaat sebagai refreshment kepada para penguji UKJK terutamanya di dalam era pasca pandemik dan amalan norma baharu. Pengisian yang sangat bermanfaat dengan kehadiran 2 orang penceramah yang sememangnya bertauliah dalam Ujian Kecergsan Jasmani Kebangsaan (UKJK) iaitu Dr. Siti Hartini dan En. Norasrudin. Kursus sebegini akan diteruskan lagi oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan para penguji UKJK sentiasa profesional, berintegriti dan mahir.
Gelugor, 26 November - Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang menerima lawatan pemeriksaan dari Unit Audit Dalam Kementerian Belia Dan Sukan.
Pulau Pinang , 13 November 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang  telah  mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat negeri pulau pinang 2021  pada 13 November 2021 bertempat di The Wembley, A St Giles Hotel dan  live Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Sambutan ini dirasmikan oleh YBhg.Dato’ Azman bin Ibrahim Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan diiringi oleh Encik Badari bin Awang Damit, Pendaftar PErtubuhan Belia, Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan BElia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Hasanul Amir bin Abdul Halim, Exco Majlis Belia Malaysia dan Encik Lim Swee bok, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
BATU UBAN, 6 Nov. 2021 - Program MyFit @ Community 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang (Siri 1) telah diadakan di Perkarangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Program MyFit @ Community adalah satu program yang melibatkan aktiviti aerobik/senamrobik dari pelbagai variasi kecergasan yang dilakukan secara fizikal dengan berpandukan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi mengikut Fasa terkini dalam pelan Pemulihan Negara (PPN). Program ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Senamrobik Mutiara (KSM). Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan seramai 150 orang dari pelbagai bangsa, jantina dan pelbagai peringkat usia. Program MyFit @ Community 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang ini akan dilaksanakan sejumlah 3 siri dalam bulan November hingga Disember.