\

Kangar, 10 Oktober 2021 -  Persembahan Silat dari Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah Ibu Pertiwi Perlis telah menonjolkan keistemewaan silat mereka pada Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis. Aksi mantap dan padu ini telah disaksikan oleh YAB Dato' Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis serta para jemputan pada sesi 'walkabout' bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis selepas majlis perasmiannya hari ini. "Ramai di antara kita semakin lupa asal-usul, adat, budaya dan jati diri mereka. Malah, orang Melayu tidak tahu bangsa mereka sendiri ada banyak warisan yang ditinggalkan."Maka, melalui persembahan ini kita mahu uar-uarkan bahawa silat Melayu ini bukan sekadar warisan yang ditinggalkan tetapi perlu dikembalikan dan diterapkan dalam diri masyarakat. Terima kasih Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah Ibu Pertiwi Perlis atas sokongan menjayakan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI