Kangar, 10 Oktober 2021 - Aktiviti Tabata dan Kickboxing merupakan pengisian aktiviti bagi Segmen Creative Lifestyle diadakan pada hari ini sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2021. Aktiviti ini diadakan secara maya melalui Halaman Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan secara fizikal di Dewan Besar, KOMBES Perlis mengikut SOP semasa yang ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat memupuk rakyat Malaysia  sentiasa aktif  dan kekal cergas dan sihat. Aktiviti ini dikendalikan oleh 'The Flip Fighters'. Terima kasih atas sokongan dalam menjayakan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI