Kangar, 20 Mei 2022 - Encik Azlrie Helery Tisin, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah hadir ke Sesi Libat Urus Program MyChampion Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis pada pagi ini.

MyChampion (Malaysian Community Health Agent) adalah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menggariskan mobilisasi komuniti sebagai instrumen penting dalam kawalan kesihatan kendiri dalam kalangan komuniti. MyChampion merupakan kolaborasi yang merentasi pelbagai Kementerian/Agensi/Swasta serta Badan Bukan Berkanun Kerajaan (NGO) sebagai strategik pemerkasaan komuniti.

Encik Alzrie telah membentangkan mengenai Sukarelawan MyVac dan Sukarelawan MyCorps (Malaysia Youth Voluntary Programme).

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK ALZRIE HELERY TISIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)

DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI