Kangar, 13 Januari 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menerima lawatan Semakan Aset oleh Flying Squad Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diketuai oleh Encik Mohamad Arman bin Razali, Bahagian Akaun KBS. Turut hadir bersama adalah Cik Maisyarah binti Mohd Noor, Bahagian Akaun KBS dan Puan Nor Aliza Syamsinar binti Shabudin, Unit Audi Dalam KBS. Ahli Flying Squad Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis terdiri daripada Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali, Mohamad Faizal bin Abdul Majid, Encik Alzrie Helery Tisin dan Puan Shaharani bin Abd Rahman. Flying Squad merupakan semakan substantif aset iaitu pengesahan dokumen utama dan kewujudan aset secara fizikal bagi memastikan aset yang diperakaunkan di sistem iGFMAS adalah tepat dan betul. Ketua Pegawai Aset JBSNPs adalah Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan dibantu oleh Puan Nurulhuda binti Abdullah selaku Pembantu Tadbir Aset JBSNPs.  Pasukan Flying Squad ini telah menjalankan aktiviti pemeriksaan aset di jabatan ini selama dua hari dan telah memberi maklumbalas dan teguran untuk penambaikan aset jabatan untuk masa akan datang supaya keberadaan aset jabatan sentiasa dikemaskini dan berada dalam keadaan baik. DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI