Kangar, 17 Mei 2022 - Sempena Hari Keputeraan Raja Negeri Perlis, Unit Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Program 'Walk For Life' di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar, Perlis yang melibatkan 50 orang peserta. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Kecergasan Sukan Aura Negeri Perlis.

Terdapat banyak faedah yang boleh didapati dalam aktiviti berjalan ini antaranya membantu mencegah penambahan berat badan, mengurangkan risiko kanser, meningkatkan sistem imun, meringankan tekanan dan meningkatkan mood dan mengurangkan risiko diabetes.

Fakta berjalan 10,000 langkah :
* Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)
* Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah
* Secara purata 1 minit = 100 langkah
* Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mengurangkan 64 gram lemak.
* Untuk membakar kalori untuk sekeping roti canai - perlu berjalan 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.

Turut hadir Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Belia, JBSNPs.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN SURINA BINTI RAMLI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)

DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)