Kangar 14 Mei 2022 - Persatuan Sukan Motor Lasak Perlis telah menganjurkan Program Kota Kayang Cubcross Challenge bertempat di Trek Muzium Kota Kayang Perlis yang bermula dari 8.00 Pagi sehingga 5 Petang.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti CUBCROSS STANDARD, CUBCROSS OPEN, CKD OPEN dan Kategori Tambahan iaitu ENDURANCE OPEN . Program berjalan dengan sungguh meriah, ramai penduduk dari negeri Perlis hadir untuk menonton kehebatan penunggang-penunggang motorcross mengendalikan jentera masing-masing.

Sukan Bermotor adalah salah satu program seliaan di bawah Unit Pembangunan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Pegawai pemantau yang hadir adalah Encik Alzrie Helery Tisin.

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK ALZRIE HELERY TISIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)

DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)