Kangar, 17 Mac 2020 - Satu perjumpaan pegawai Bahagian Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diadakan pada 4 Mac 2020 yang lalu bertempat di bilik Penolong Pengarah Belia.

Perjumpaan ini diadakan untuk menyelaraskan setiap program di bahagian Belia yang mempunyai tiga unit di mana Unit Ekonomi mempunyai tiga program, Unit Sahsiah 3 program dan Unit Sosial dua program. Penolong Pengarah Belia menyarankan setiap pegawai projek mengantur setiap program mengikut tarikh yang dirancang supaya dapat dijalankan dengan lancar dan tidak bertindih tarikh dengan program lain. Beliau juga menekankan mengenai program besar supaya setiap pegawai dapat mengatur setiap aktiviti program dengan lebih sistematik terutamanya melibatkan kerjasama agensi luar, NGO dan bukan NGO.

Semoga program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar hendakNya.

 

DISEDIAKAN OLEH

PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS