Kangar, 13 Mei 2022 - Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei 2022 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Perhimpunan kali ini diselia oleh Bahagian Pembangunan Sukan. Seperti biasa majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan Doa dan Tazkirah Pagi disampaikan oleh Encik Wan Ahmad Yaziz bin Wan Din berkenaan takdir dan perpisahan. Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perkenalan oleh pegawai yang baru melapor diri pada Isnin lalu seterusnya penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi Bulan Januari, Februari, Mac dan April 2022. Bagi Bulan Januari 2022, pekerja terbaik bulanan adalah Puan Isma Baizura bin Ismail (KOMBES), Encik Che Aziz bin Mohd Salleh (Pentadbiran), bagi Bulan Februari adalah Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid (Sukan), Puan Shaharani bin Abd Rahman (Pentadbiran), bagi Bulan Mac adalah Puan Norafzan bin Mamat (Kewangan), Encik Asmadi bin Ali (Pentadbiran) manakala bagi bulan April pula disandang oleh Puan Roshida bin Sabu (Pentadbiran) dan Puan Nurhafizah bin Abdul Rahaman (KOMBES). Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga terus mengekalkan prestasi cemerlang. Seterusnya majlis meraikan hari kelahiran pegawai dan kakitangan pada bulan Februari, Mac, April dan Mei 2022. Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai yang positif covid-19 pada tahun ini yang disampaikan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, JBSNPs.

Acara kemuncak majlis perhimpunan bulanan pada hari ini adalah meraikan hari terakhir Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu Encik Kamarol Azlan bin Abudll Hamid yang akan bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Kedah berkuatkuasa 16 Mei 2022. Beliau menyampaikan ucapan perpisahan dan majlis turut memberikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan oleh setiap bahagian dan menghargai jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berada di jabatan ini. 

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI  MEGAT GHAZALI