Kangar, 19 Mei 2022 - Kaedah Pelaksanaan telah dibentangkan oleh Encik Muhammad Ashraf bin Yaakob, Pengerusi Kelab Belia Indera Kangar Perlis kepada Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Belia JBSNPs. Hadir bersama adalah Encik Muhammad Tasnim bin Abd Razar, Exco Kelab Belia Indera Kangar Perlis.

Turut hadir bersama Pegawai Pembangunan Sosial, Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali.

Program Reben Kuning adalah Insiatif Belia Sejahtera di mana memberi peluang kedua kepada belia bekas bantuan/Pelatih Sekolah Henry Gurney/Pelatih Pusat Serenti untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik melalui peranan dan kerjasama pertubuhan-pertubuhan belia serta membina jati diri peserta melalui aktiviti-aktiviti berpersatuan.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)