Kangar, 5 Mei 2020 - Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid telah menyerahkan kurma kepada Pengarah dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 27 April 2020 yang lalu sempena bulan Ramadhan 2020 ini. Pengerusi kelab amat berbesar hati menyampaikan pemberian tersebut yang merupakan aktiviti kelab pada setiap tahun. Pengerusi Kelab dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mengucapkan selamat berpuasa kepada Puan Pengarah dan juga kakitangan lain. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS