Kangar, 27 April 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini berbesar hari menyampaikan sumbangan kepada empat belas kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertempat di Lobi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sumbangan ini adalah melalui Program Kesukarelaan Belia Membantu Kumpulan Terrjejas sewaktu Covid-19 yang disempurnakan pada hari sabtu lepas melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Pihak Jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHUMANTARIAN), Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan (MYSO), Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPBSSM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di atas sumbangan yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kepada para kakitangan. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS