17 Januari 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bersama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah melancarkan Misi Bantuan Pasca Banjir dengan menyerahkan bantuan barangan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir di sekitar Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor pada 14 hingga 15 Januari 2022 yang lalu. Misi ini diketuai oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Unit Rakan Muda merangkap Pengerusi KSK JBSNPs. Turut sertai misi ini adalah Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis merangkap Penasihat KSK JBSNPs.Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB Tuan Hamizan bin Hassan, Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis. Terima kasih YB di atas sokongan yang diberikan.Pihak jabatan ingin merakamkan ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Perlis yang telah memberi sumbangan untuk pihak kami sampaikan tidak kiralah sama ada daripada pihak Kerajaan, Swasta, syarikat-syarikat, NGO, mahupun individu. Semoga dapat meringankan beban mereka yang terjejas teruk akibat banjir dan Allah berkati kalian semua yang menyumbang. DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI