Kangar, 18 Januari 2022- Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Perlis Bilangan 1 Tahun 2022 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin Pengarah JBSN Perlis.Mesyuarat ini dimulakan dengan perutusan dan amanat pengerusi. Seterusnya pembentangan oleh Unit Pembangunan Sahsiah, Unit Pembangunan Sosial dan Unit Pembangunan Ekonomi.Selain itu, beberapa perbincangan program-program pembangunan belia bagi tahun 2022 juga dibincangkan.Semoga segala perancangan 2022 Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan berjalan seperti yang dirancang.DISEDIAKAN OLEH : NORMAN BIN AHMAD (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA). DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)