Kangar, 18 Mei 2022 - Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau lokasi bersesuaian untuk program Kursus Kepimpinan Organisasi yang akan diadakan nanti bertempat di Pusat Kokurikulum Kem Timah Tasoh.

Encik Zaid bin Zubir, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum (Program), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah memberikan taklimat berkenaan kemudahan yang terdapat di kem ini dan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Hadir bersama Encik Mohd Hanaffi bin A Rahman, Penolong Pengarah Belia bersama Pegawai Bahagian Pembangunan Belia dan Majlis Belia Negeri Perlis diwakili oleh Encik Muhammad Fadzil Nor Bin Abd Manan.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)