Kangar, 13 Mei 2022 - Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan kakitangan yang positif Covid-19 pada Februari hingga Mac 2022 yang lalu. Sumbangan berupa sekampit beras telah disampaikan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Belia da Sukan Negeri Perlis. Pengerusi berharap dengan adanya sumbangan ini dapat meringankan beban kakitangan yang terkesan dengan Covid-19 dan kebajikan ahli kelab sentiasa dijaga. Sumbangan ini disempurnakan semasa perhimpunan bulanan yang berlangsung pada pagi ini.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)