Kangar, 13 April 2020 - Program Jom Aerofit @ JBS sesi dua telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran Institut Kemahiran dan Belia Negara, Kuala Perlis pada 13 Mac 2020 yang lalu. Program ini telah melibatkan kakitangan dan para pelajar IKBN Kuala Perlis. Program ini dikendalikan oleh Instruktor Kelab Senamrobik Aura Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta untuk kekal aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga program ini akan memberi impak positifi kepada para peserta yang terlibat. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS