Kangar, 13 April 2020 - Program Fit Malaysia @ Community telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mac 2020 yang lalu bagi sesi ketiga bertempat di Denai Pengkalan Asam, Kangar Perlis. Progam ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Perlis. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menjalani aktiviti sihat dengan kekal aktif secara percuma yang dikendalikan oleh instruktor bertauliah KBS. Program ini akan diadakan selama 32 siri. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan impak yang besar kepada para peserta dan dapat menarik lagi ramai peserta untuk menyertainya. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS