Kangar, 10 Oktober 2021 - Aksi 'Breakdance' dari Kumpulan 'Fusion Flava' telah menggamatkan suasana Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis. Aksi mantap ini telah disaksikan oleh YAB Dato' Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis serta barisan jemputan pada sesi 'walkabout' bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis selepas majlis perasmiannya hari ini. Aktiviti ini menggunakan kekuatan fizikal dan stamina untuk seimbangkan badan. Terima kasih Pasukan 'Fusion Flava' atas sokongan menjayakan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI