home button

Perlis

    

Kangar, 27 November 2020 - Pegawai dan kakitangan wanita Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menyertai Sukan Dalaman Puspanita anjuran Puspanita Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Permainan Tradisional Negeri Perlis dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 25 November 2020 yang lalu melibatkan penyertaan dari jabatan-jabatan negeri Perlis.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Dam Aji, Karom, Congkak, Batu Selambut dan Galah Panjang. Turut diadakan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, jualan, pameran, ukuran BMI dan Mari Mencuba Golf.

Pasukan wanita Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah memperoleh Johan Perseorangan Dam Aji, tempat Ketiga Beregu Dam Aji, tempat Kedua Karom dan tempat Kedua Galah Panjang. Tahniah dan syabas diucapkan.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Perlis, Puan Roszita binti Imaduddin. Semoga berjumpa lagi.

 

    

Kangar, 20 November 2020 - Sukan Dalaman Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi acara Petanque telah diadakan dengan jayanya bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Perlis. Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari itu dan berakhir semalam telah mempamerkan aksi sengit dan genting bagi setiap pasukan masing-masing. Setiap pasukan mempamerkan aksi yang sangat menakjubkan untuk mendapatkan mata sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan masing-masing. 

Juara bagi acara ini disandang oleh pasukan Red, diikuti Black di tempat kedua, Grey di tempat ketiga dan Blueblack di tempat keempat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta di atas komitmen masingh-masing dalam memeriahkan lagi acara sukan dalaman ini.

DISEDIAKAN OLEH

PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

      

Kangar, 20 November 2020 - Klinik Petanque bagi kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 17 November 2020 yang lalu bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Perlis. Klinik ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Persatuan Petanque Negeri Perlis.

Para peserta didedahkan dengan tiga teknik cara pegangan dan balingan bola. Para peserta juga diajar cara kiraan mata bagi acara individu, beregu dan trio.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat disemat untuk mengambil bahagian dalam acara petanque samada sukan dalaman manhupun sukan antara jabatan. Dengan adanya klinik ini jabatan dapat mengenalpasti bakat yang ada pada setiap kakitangan.

DISEDIAKAN OLEH

PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

     

Kangar, 16 November 2020 - Satu ceramah yang bertajuk Pemakanan Sihat dan Kecergasan Fizikal telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sesi ceramah ini adalah salah satu slot dalam program " The Biggest Loser JBSNPs" yang melibatkan semua kakitangan jabatan. Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis turut hadir dalalm sesi ceramah kesihatan ini. Ceramah ini telah disampaikan olhe Puan Hazwani bagi tajuk Pemakanan Sihat dan Encik Mohd Faizal bin Rosli bagi tajuk Kecergasan Fizikal yang merupakan pegawai daripada Bahagian Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Bagi tajuk Pemakanan Sihat, para peserta didedahkan dengan cara pemakanan yang betul mengikut kiraan kalori bagi setiap badan masing-masing, cara pengiraan kalori, masalah berlebihan berat badan dan obesiti dan lain-lain lagi.

Bagi tajuk Kecergasan Fizikal pula, para peserta didedahkan dengan aktiviti fizikal yang boleh dilakukan untuk mengekalkan berat badan ideal dan sentiasa menjalani kehidupan sihat. Sebagai contoh, untuk lebih faedah kesihatan, aktiviti fizikal tahap sederhana perlu ditingkatkan kepada 300 minit setiap minggu atau 150 minit aktiviti tahap tinggi setiap minggu bagui individu sihat tubuh badan. Para peserta juga diajar jenis senaman yang boleh dilakukan semasa bekerja yang diberi nama X-BREAK dan para peserta turut melakukan secara praktikal.

Semoga ilmu yang dipelajari pada pagi ini dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan dipraktiskan dalam kehidupan seharian.

DISEDIAKAN OLEH

PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI