12 SEPTEMBER 2021, IPOH-Lawatan Pusat Latihan Memanah Para Negeri Perak oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah bin Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan keperluan bagi atlet-atlet para di negeri Perak dalam membuat persediaan sebelum memulakan program latihan menjelang pembukaan sepenuhnya sektor sukan dan rekreasi. Lawatan ini juga merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memastikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak ketinggalan khususnya dalam bidang sukan. Mengambil semangat kejayaan luar biasa Kontinjen Malaysia di sukan Paralimpik Tokyo 2020, atlet-atlet OKU sememangnya sentiasa diberi perhatian oleh pihak Kementerian.
Sebagai Kerajaan yang prihatin, YB Menteri Belia Dan Sukan Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada atlet-atlet memanah para negeri Perak dan kit sanitasi kepada jurulatih-jurulatih daripada sukan powerlifting, catur dan tenpin bowling para negeri Perak.