SERI MANJUNG, 17 FEBRUARI 2021 (RABU) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung telah mengadakan taklimat Rakan Muda Sport Bubble Volunteer (RM-SBV) kepada 15 sukarelawan yang terpilih untuk memberi penerangan lanjut mengenai pelaksaaan RM-SBV. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada para sukarelawan mengenai objektif dan peranan sukarelawan yang menyertai RM-SBV, dalam memantau penganjuran acara seperti pematuhan SOP dan Laporan Pemantauan. Sukarelawan RM-SBV ini terdiri daripada belia-belia sekitar daerah Manjung.



DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG