TELUK INTAN, 17FEBRUARI 2020 ( Isnin) – Bertempat di Dewan Pegawai Daerah Hilir Perak, telah diadakan dengan jayanya Program Taklimat Masjid sebagai Taman Ilmu dan Pusat Informasi Budaya Ilmu serta penarafan Biro Belia Masjid Peringkat Daerah Hilir Perak. Seramai 84 orang dikalangan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan belia masjid dalam Daerah Hilir Perak telah berjaya mengikuti taklimat tersebut.

Program anjuran Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPk dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dan Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak ini bermula seawal pagi pada sesi slot yang pertama dengan tajuk “ Pemahaman Masjid sebagai Taman Ilmu dan Pusat Informasi Budaya Ilmu’’ disampaikan oleh Tuan Haji Saiful b. Abd Manap – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk manakala Slot yang kedua juga disampaikan oleh Tuan Haji Saiful Azizi dengan tajuk ‘’ Pemerkasaan Penarafan Biro Belia Masjid’’

Kehadiran Ybhg Tuan Haji Meor Hezbullah b. Abdul Malik Pegawai Daerah Hilir Perakmenyerikan lagi program sekaligus menyempurnakan perasmian penutup program tersebut. Hadir Ybhg Tuan Haji Jamil b. Mohd Sapri Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak, Ybhg Tuan Ibrahim  Penolong Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak, Ybhg Ustaz  Ahmad Kamarul Arifin b. Rapie Imam Daerah Hilir Perak dan Ustaz Mohd Shukir PPMD Hilir Perak.

Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada Ybhg Tuan Meor Hezbullah b. Meor Abdul Malik – Pegawai Daerah & Tanah Hilir Perak yang menyediakan platform menggunakan dewannya untuk menjayakan program taklimat pada kali ini. Penghargaan juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Program berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak