SLIM RIVER, 04 DISEMBER 2019 – Encik Shamsul Ridzuan Bin Idris, Pengerusi Majlis Sukan Daerah Muallim merangkap Pegawai Daerah Muallim telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pengurusan Karnival Sukan Perak (SUPER) 2019 kepada Pengurus Pasukan Hoki, Badminton, Sepak Takraw, Memanah dan E-Sport pada jam 3.30 petang bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim. Sebelum majlis penyerahan dibuat, Encik Shahrani Bin Haron iaitu Setiausaha Majlis Sukan Daerah Muallim telah menyampaikan taklimat kepada kontijen.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim