TELUK INTAN, 12 APRIL 2021 – Seramai sepuluh orang Sukarelawan MyVAC Daerah Hilir Perak (HIPER) menerima suntikan pertama vaksinasi Covid-19 di Klinik Kesihatan Teluk Intan hari ini. 

Pemberian vaksin dibahagi kepada dua fasa iaitu sesi pertama bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi melibatkan enam orang sukarelawan manakala sesi kedua pula akan bermula pada jam 2.00 petang ini melibatkan baki empat orang sukarelawan.

Turut hadir sama, Dr Nurul Aini binti Abdul Aziz (Penyelaras PPV HIPER dan Bagan Datuk) serta Cik Nor Shamin Idayu bt Shuhaimi, (Penolong Pegawai Daerah HIPER)

 

DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HILIR PERAK