IPOH, 06 DISEMBER 2019 (Jumaat) – Karnival Sukan Perak yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Perak.telah diadakan bermula 6 Disember – 9 Disember 2019 bertempat di beberapa venue yang dipilih. Antara sukan yang dipertandingan ialah Memanah, Badminton, Sepak Takraw, Hoki dan E-Sport. Majlis Sukan Daerah (MSD) telah membuat pemilihan atlet bagi mewakili daerah Hilir Perak bagi semua kategori sukan tersebut. Daerah Hilir Perak menduduki tangga ke-3 daripada 12 daerah dengan merangkul 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 8 pingat gangsa yang keseluruhannya membawa pulang 17 pingat. Majlis penutup dirasmikan oleh YB Howard Lee Chuan How – Exco Belia, Sukan dan Pembanguan Modal Insan Negeri Perak.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak