IPOH, 9 Mac 2021 (Selasa) - Sesi Taklimat SPN kepada para majikan dan bersama rakan strategik Perkeso Negeri Perak. Seramai 9 majikan antara yang hadir bagi sesi ini.

Sesi taklimat kali ini bertujuan memberi kefahaman tentang SPN dan manfaatnya kepada para majikan dengan dibantu oleh pihak Perkeso. Untuk itu, pihak JBS Perak akan terus mengorak langkah bagi menjayakan program ini. Semoga dengan permulaan ini, pihak JBS dapat menempatkan para perantis dan mencapai sasaran KPI yang ditetapkan.

 

Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak