SERI MANJUNG, 22 DISEMBER 2020 (SELASA) – Pejabat Daerah Manjung bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung telah mengadakan satu sesi senamrobik di Dewan Badminton Pejabat Daerah Manjung. Aktiviti senamrobik ini melibatkan kakitangan Pejabat Daerah Manjung dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung. Aktiviti ini dijalankan bagi meningkatkan semangat bersenam dalam kalangan kakitangan dan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan semua kakitangan yang terlibat. Turut hadir menyertai aktiviti ini ialah Pegawai Daerah Manjung.

 

DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG