SERI MANJUNG, 22 FEBRUARI 2021 (ISNIN) – Pejabat Belia dan Sukan daerah Manjung telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sempena Majlis Sambutan Hari Pengasas Pengakap 2021 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Manjung secara dalam talian. Taklimat ini bertujuan memberikan gambaran awal berkenaan program ARPRM yang sesuai diikuti oleh para pengakap khususnya di dalam daerah Manjung. Sambutan ini dirasmikan oleh Tn. Haji Nasaruddin bin Shamsuddin (Timbalan Ketua Persuruhjaya Pengakap Negara).



DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG