AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

ROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT: GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TREK BASIKAL SELAMA BIKE PARK
 
21 April 2022 – Khamis,Selama Perak Program Gotong-Royong Membersihkan Trek Basikal Selama Bike Park yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Selama dengan kerjasama Kelab Rekreasi Pekan Selama bermula jam 4.30 petang pada 21 April 2022.
Program dimulakan dengan Sesi Pendaftaran peserta dan diteruskan dengan sesi taklimat ringkas oleh Saudara Mukhammad Nuruddin bin Nahrawi (Setiausaha Kelab Rekreasi Pekan Selama). Program diteruskan lagi dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan beberapa kawasan di trek yang terlihat usang kerana lama tidak digunakan dan keadaan hari hujan yang berpanjangan.
 
Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia di samping memberi pendedahan tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan dan memupuk budaya hormat-menghormati. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat