AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

RAKAN MUDA RAMADHAN DAERAH SELAMA
 
3 APRIL 2022- SELAMA, Porgram Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Selama telah diadakan di Pondok Riyadussolihin Sg Bayor Melibatkan peserta seramai 130 orang yang diselaraskan oleh Ustaz Akmal Bin Mat Nayan merupakan tenaga pengajar di pondok tersebut.
 
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada belia melalui pembelajaran dan pengalaman secara hands-on menggunakan inisiatif dan kreatif dalam melaksanakan program aktiviti kesukarelaan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.
 
Semoga program ini dapat memberi aspirasi kepada semua golongan masyarakat bagi memafaatkan bulan ramadhan yang mulia ini.