AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

RAKAN MUDA RAMADAN (TADARUS & KHATAM QURAN) PERINGKAT DAERAH SELAMA 2022
 
26 April 2022 – Isnin,Selama Perak.
Rakan Muda Ramadan (Tadarus & Khatam Quran) Peringkat Daerah Selama 2022
Bersempena dengan bulan Ramadan 1443H tahun ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama dengan Kerjasama Pondok Riyadussolihin Sg. Bayor telah menganjurkan aktiviti Rakan Muda Ramadan (Tadarus dan Khatam Quran). Program Tadarus Al-Quran ini sudah bermula sejak 3 April yang lalu dan diteruskan sehingga selesai Majlis Khatam Al-Quran. Peserta telah dibahagikan kumpulan mengikut juzuk dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan jumlah juzuk atau surah yang telah ditetapkan. Program ini diadakan adalah bertujuan bagi menyambut bulan Ramadan dengan pembacaan Al-Quran secara bertadarus disamping membentuk pelajar lebih mencintai Al-Quran dengan pembacaan dan penghayatan bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi menjadi bacaan setiap hari tanpa mengira hari dan waktu.
 
Majlis Khatam Al-Quran pula telah disempurnakan pada 26 April 2022 bersamaan 25 Ramadan 1433H. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Ad-Dhuha yang dipimpin oleh Al- Fadzil Ustaz Zakaria yang juga merupakan salah seorang Guru Tahfiz Pondok Riyadussolihin. Seterusnya, majlis diikuti dengan tahlil dan tazkirah ringkas. Program ini memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia massa untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menghayati sunnah dalam kehidupan.