AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

RAKAN MUDA DAY OUT (RMDO) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK
 
24 April 2022, Teluk Intan - Menyedari pengorbanan petugas keselamatan dan kesihatan yang menjalankan tugas sepanjang bulan Ramadan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Teluk Intan dengan kerjasama PBSD Hilir Perak telah mengadakan inisiatif membawa juadah bersahur melalui Program Singgah Sahur 3.0 sebagai sebahagian pengisian Rakan Muda Day Out.
 
Program ini berjaya mengumpulkan ahli-ahli GPMS Teluk Intan dan Bagan Datuk untuk bersama-sama menyediakan juadah sahur secara bergotong-royong sebelum diedarkan ke beberapa lokasi yang telah ditetapkan.
 
Program tadi juga turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak, Encik Mohamad Syahmi Mohamad Anis bersama Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Saudara Puhaz Salleh.
 
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak