PROGRAM WOMEN FIT @ COMMUNITY PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama KWN Ulu Kenas Official , Puspanita Daerah Kuala Kangsar dan Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar telah melaksanakan Program Women Fit @ Community Daerah Kuala Kangsar bertempat di Kem Wawasan Negara Ulu Kenas Kuala Kangsar. Seramai 85 orang peserta telah mennyertai program ini dengan pelbagai pengisian yang menarik khususnya bagi kaum wanita.

Program ini adalah usaha pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan penglibatan kaum wanita dalam sektor sukan dan rekreasi sentiasa diperhebat dan diperkasakan. Sama-sama kita semarakan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebuah Keluarga Malaysia.