Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama telah melaksanakan Program Women Fit @ Community 2022 Daerah Selama bertempat di Lata Rambong Selama. Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkasakan golongan wanita dalam sektor sukan dan rekreasi di samping melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

Selain daripada aktiviti senamrobik, peserta turut menyertai aktiviti kembara eksplorasi di Lata Rambong. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai program kali ini. Terima kasih jua diucapkan kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan dan memastikan program berjalan dengan lancar dan selamat. Moh kita semarakkan kembali sektor sukan dan rekreasi sebagai sebuah Keluarga Malaysia.